Write For Us

Adenan meninggal dunia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
194 Views
Published
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 1.20 petang tadi di usia 72 tahun.
Walaupun tidak dijelaskan punca kematiannya, Adenan ada menjelaskan berhubung penyakit jantungnya beberapa tahun lalu.
Beliau dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan, Sarawak pada pukul 1.20 tengahari tadi.
Adenan mengambil alih tampuk kepimpinan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Abdul Taib Mahmud sejak Februari 2014.
Adenan dilantik selepas Taib menyerahkan surat peletakan jawatan setelah memimpin Sarawak sejak 33 tahun lamanya.
Disifatkan sebagai pemimpin popular di kalangan rakyat Sarawak, Adenan memimpin Barisan Nasional sehingga mencapai kemenangan pada pilihan raya umum Sarawak lalu, dengan kemenangan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment