Write For Us

Aduan gangguan seksual menurun sejak pelaksanaan koc wanita - Loke

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata sejak koc wanita MRT bagi laluan Kajang dilancarkan pada 18 Sept lepas, aduan berkaitan isu gangguan seksual menunjukkan trend penurunan daripada lapan kes pada suku pertama tahun ini kepada hanya tiga kes dalam suku keempat iaitu hingga bulan lepas, walaupun jumlah penumpang meningkat.

Loke berkata demikian ketika merasmikan projek rintis koc wanita bagi perkhidmatan MRT laluan Kajang di Stesen MRT Bandar Tun Hussien Onn, Cheras.

Mengulas mengenai projek rintis itu, Loke berkata pelaksanaan koc wanita antara usaha untuk meningkatkan keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita selain mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa gangguan seksual.

Sehubungan itu, katanya projek rintis berkenaan akan diperluas bagi laluan Putrajaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment