Write For Us

ADUN Lahad Datu bebas dengan ikat jamin SPRM

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time 0:00
 
1x
E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
182 Views
Published
ADUN Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Oktober lalu dibebaskan hari ini.
Ketua Umno Bahagian Silam yang juga adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu dibebaskan kira-kira 10.05 pagi dengan ikat jamin SPRM berjumlah RM100,000 dengan RM 50,000 deposit beserta dua penjamin tempatan.
Perintah pembebasan itu dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa SPRM, Faliq Basiruddin.
Mohd Yusof direman enam hari bermula 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
Bagaimanapun beliau dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali dalam sebulan hingga kes selesai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Show more
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment