Write For Us

ADUN Lenggeng meninggal dunia akibat sakit jantung

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
ADUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah pada kira-kira 11.25 malam tadi.
Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata Ishak dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri ADUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.
Ishak yang berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lalu.
Beliau meninggalkan isteri, Datin Norimah Ujang dan empat orang anak.
Ishak merupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment