Write For Us

'Adun Sabah lompat kerana duit, saya harap di Slim bukan keturunan katak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Berucap di hadapan lebih 500 hadirin malam tadi, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan hari ini bukan lagi berkhidmat untuk bangsa, negara, agama tetapi untuk 'apa aku dapat'.

"Dengan itu saya harap segala pejuang-pejuang bangsa di Slim ini akan menyokong calon kami calon parti Pejuang. Percayalah parti ini akan pegang teguh kepada penolakan politik kewangan.

"Kalau nak jadi ahli jadi lah. Tapi parti ini tak ada duit nak dihamburkan kepada sesiapa. Kalau nak masuk nak tolong Muhyiddin dia banyak duit.

"Tapi saya harap di Slim ini kita bukan keturunan katak," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan calon parti Pejuang yang baru ditubuhkannya bagi PRK Slim di Perak malam semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment