Write For Us

Afidavit Zahid sokong semakan kehakiman Najib sumbang, pelik – Takiyuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
25 Views
Published
Kegagalan Menteri Miti Tengku Zafrul Abdul Aziz mendapatkan kebenaran mahkamah untuk memfailkan afidavit berhubung pengampunan diraja Najib Razak, menimbulkan pelbagai persoalan mengenai integriti, kejujuran dan ketelusan kerajaan serta kedudukan dan maruah Raja-raja Melayu.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata perkara itu diburukkan lagi dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menurutnya mahu berlepas tangan berhubung isu yang melibatkan “titah adendum”.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu merujuk kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menafikan permohonan Zafrul untuk "membetulkan fakta" dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong semakan kehakiman Najib, yang dikaitkan dengan titah adendum tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment