Write For Us

AFIEQ SHAZWAN SERONOK JADI ANAK IKAN TAPI RAMPAS CINTAKU MUSIM KE-2 ADA PLOT TWIST! NANTIKAN!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
45 Views
Published
Kali ketiga bolos pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 membuktikan penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan terus relevan ketika bakat baharu tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Afieq, 25, berkata, dia berbesar hati, lebih lagi disenaraikan sebagai calon awal bagi empat kategori.
"Ini adalah tahun ketiga saya bolos pencalonan ABPBH. Jujurnya, saya tak sangka boleh sampai ke tahap ini.
"Misalnya, dicalonkan buat kali pertama dan layak ke kelompok Top 5 menerusi kategori Artis Baharu Lelaki Popular sebelum ini adalah satu rezeki buat saya.
"Sama juga seperti pencalonan kali ini, cuma saya tak pernah jangka nama melepasi pencalonan sebanyak ini.
"Alhamdulillah, walaupun saya buat banyak benda, berlakon, menyanyi dan sebagainya, ia tetap diterima dengan baik,"
Afieq dicalonkan menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama Tajul dan Lagu Paling Boom menerusi lagu, Malam Semakin Dingin.
Tidak hanya itu, Afieq turut disenaraikan bagi kategori Couple Drama Popular bersama Fasha Sandha menerusi drama Rampas Cintaku yang meraih lebih 100 juta tontonan digital.
Afieq atau nama sebenar, Mohammad Shafieq Shazwan Zamros yang juga pernah dicalonkan menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi di ABPBH 33 itu turut berterima kasih atas sokongan yang tanpa henti dari peminat.
Kata Afieq, dia juga tidak menafikan pencalonan ABPBH banyak memberi impak positif pada perkembangan kerjayanya, tak kiralah dalam bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.
"Walaupun hanya dicalonkan, ia memberi impak kepada kerjaya sebab pada tahap pencalonan awal pun, orang sudah memandang tinggi, apatah lagi menembusi kelompok Top 5 bersama nama-nama hebat," katanya.
Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 yang dilancarkan di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, iaitu stesen kereta api ikonik milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sultan Hishamuddin mengumumkan Fellera, iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, sebagai penaja utama, semalam.
Majlis pelancaran bertemakan 'hipster' dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH dan Penaung ABPBH 35, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengasas Fellera, Sharifah Khyra Muhsin.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran; Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Program dan Penyiaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Naszri; CEO Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.
Magis malam kemuncak ABPBH 35 akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 21 Julai depan.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment