Write For Us

AG terima kertas siasatan 1MDB dari SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Jabatan Peguam Negara menerima kertas siasatan berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam satu kenyataan, Peguam Negara Tommy Thomas berkata jabatan itu memerlukan sedikit masa untuk meneliti kertas siasatan tersebut namun mengambil maklum akan keperluan untuk meneliti perkara tersebut dengan kadar segera.
Jelasnya, bagi memastikan tugas ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, satu pasukan ditubuhkan untuk mengkaji kertas siasatan tersebut dengan tujuan untuk memulakan pendakwaan jenayah, jika ada, dan satu lagi pasukan lain untuk mengkaji dari sudut prosiding guaman yang berkenaan.
Menurutnya lagi, pegawai-pegawai yang akan menganggotai kedua-dua pasukan ini adalah terdiri daripada Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam-Peguam Kanan Persekutuan yang berpengalaman yang akan melaporkan hasil kajian mereka secara terus kepadanya.
Katanya, beliau juga telah menandatangani permohonan untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah daripada Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriyah Arab
Bersatu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment