Write For Us

Agong dukacita rasuah, maklumat bocor terus berlaku

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V menzahirkan rasa dukacita terhadap para penjawat awam yang melakukan jenayah rasuah, selain mereka yang membocorkan maklumat kerajaan.
"Beta dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat terperingkat kerajaan termasuk penjawat awam dan bekas penjawat awam," kata baginda.
Baginda menyampaikan ucapan semasa perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke-13 hari ini.
Sultan Muhammad V berkata, walaupun perbuatan itu dilakukan oleh segelintir pihak sahaja, namun ia telah menghakis kepercayaan rakyat.
"Justeru, Beta mengalu-alukan tindakan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran," jelas baginda lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment