Write For Us

Ahli-Ahli Majlis MBPJ Membuat Keputusan Secara Sepasukan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
186 Views
Published
Kami Ahli-ahli Majlis MBPJ terkejut dengan insiden yang menimpa rakan sejawat kami Sdr Sean Oon seperti yang digambarkan di dalam video klip yang telah tersebar luas.
Walaupun ada perbezaan pendapat atau keputusan yang dipersoalkan, ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan cara yang tertib.
Ahli-ahli majlis membuat keputusan secara sepasukan dan mungkin ada perbezaan pendapat namun keputusan majoriti akan diambil.
Begitu juga, segala garispanduan serta undang-undang yang sediada akan dihormati dalam pertimbangan keputusan kami itu.
Maka sebarang tindakan yang diambil terhadap mana-mana Ahli Majlis ekoran daripada keputusan Majlis dianggap sebagai tindakkan terhadap semua Ahli Majlis.
Kami mengutuk sebarang tindakkan kasar dan menyokong lapuran polis yang telah dibuat oleh Ahli Majlis Sean Oon.
Kami mohon agar siasatan dan tindakkan yang sewajarnya diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment