Write For Us

Air kelapa dan kangkung cegah koronavirus? Ini komen menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad menyerahkan kepada orang ramai untuk mendengar pandangan pihak luar ataupun sebaliknya, namun kerajaan tetap memberi garis panduan rasmi berhubung langkah pencegahan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Beliau berkata demikian sebagai respons apabila ditanya mengenai pandangan pengamal perubatan, Dr Noordin Darus yang dipetik oleh Sinar Harian menasihatkan orang ramai untuk kerap mandi, mengambil lebih banyak sayuran seperti kangkung dan minum air kelapa untuk menangani koronavirus.
"Kami telah menekankan beberapa langkah kebersihan yang perlu kita ambil seperti membasuh tangan dan menggunakan sanitiser (dan) jika anda batuk maka anda menggunakan topeng muka supaya orang lain tidak dijangkiti.
"Semua langkah-langkah ini telah ditekankan dan dijelaskan hampir setiap hari.
"Tetapi jika ada orang yang ingin mencadangkan perkara lain, anda boleh mendengar dan anda boleh berfikir sendiri sama ada anda mahu mengikuti (cadangan) atau tidak. Kami tidak mengenakan hukuman terhadap perkara tersebut," katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan di Putrajaya semalam.
"Kementerian Kesihatan menyokong ubat berasaskan bukti, berdasarkan maklumat dan sains yang tepat," kata Dzulkefly lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment