Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengenakan semula denda RM10 juta setiap satu kepada syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Sistem Bhd dan syarikat pesawat tambang murah, AirAsia kerana melanggar peraturan mengenai persaingan.
Hakim Nordin Hassan hari ini berkata keputusan yang dibuat Tribunal Rayuan Persaingan dua tahun lalu untuk membatalkan denda terhadap dua syarikat berkenaan telah dicemari kesilapan.
"Oleh yang demikian mahkamah memerintahkan keputusan terdahulu yang dibuat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) perlu dikenakan semula dan saman itu hendaklah dibayar," katanya.
Hakim Nordin bagaimanapun tidak memutuskan tempoh masa syarikat penerbangan itu sepatutnya membayar denda tersebut.
Bagaimanapun, Nordin memerintahkan MAS dan AirAsia masing-masing membayar RM10,000 kepada MyCC.
Terdahulu, dalam penghakimannya, Nordin memutuskan suruhanjaya itu memiliki locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan semakan kehakiman berkenaan.
Hal ini meski pun MAS dan AirAsia berhujah sudah terdapat Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) bagi mengawal selia industri.
"Tidakan MyCC dibuat sebelum pembentukan Mavcom pada 2014. Justeru, mahkamah memutuskan MyCC memiliki hak di sisi undang-undang untuk memfailkan prosiding semakan kehakiman ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan, Iskandar Ismail mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi itu kerana ia ditugaskan untuk memastikan persaingan yang adil dalam perniagaan.
"Keputusan hari ini menjelaskan mengenai semua keraguan bahawa dua syarikat penerbangan ini dituntut membayar denda tersebut.
"Walaupun mahkamah tidak memutuskan bila mereka perlu membayar denda itu, namun kedua syarikat tersebut perlu membayar denda berkenaan," kata Iskandar.
Badan kehakiman Tribunal Rayuan Persaingan pada Februari 2016 mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan yang mengenakan denda RM10 juta setiap satu kepada masing-masing Air Asia dan MAS.
Hakim Hasnah Mohamed Hashim (sekarang hakim Mahkamah Rayuan) yang mengetuai tribunal tersebut mengumumkan keputusan itu.
Anggota Tribunal Rayuan Persaingan termasuklah, Hakim Besar Malaya Haidar Mohamed Noor, Dr Sulaiman Mahbob, Dr Lin See-Yan dan Dr Wan Liza Md Amin.
Suruhanjaya itu mengenakan denda berkenaan pada 31 Mac 2014, selepas mendapati MAS dan Air Asia melanggar larangan terhadap perjanjian perkongsian pasaran di bawah Seksyen 4 (2) (b) Akta Persaingan 2010.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment