Write For Us

Ajal bapa dan anak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Perjalanan seorang bapa menghantar anaknya ke sekolah bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir tragedi selepas motosikal ditunggang dirempuh bas di Jalan Teluk Air Tawar, Butterworth, pagi Isnin.
Dalam kemalangan jam 6.30 pagi itu, Syamsul Shahril Abd Rahman, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya, Muhammad Adam, 17, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata dua beranak yang menunggang motosikal itu dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Air Tawar.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang dua beranak yang berada di lorong kiri, mengubah haluan ke lorong kanan sehingga memasuki laluan bas di belakang.
Berikutan itu, pemandu bas tidak sempat mengawal kenderaannya lalu melanggar motosikal mangsa.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment