Write For Us

#AJL32 | Vokal Terbaik | Syamel & Ernie Zakri

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
202 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu bakal kembali buat kali ke 32 pada bulan 11 Februari nanti. Bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL 32 kali ini membawakan tema "Fesyen dan Muzik"demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 32 ini.
Setiap tahun, AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori; Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu. Pemenang setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.
AJL32 turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32. Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam � 11.30 malam. Ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam
Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Gunakan #ajl32 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu 32. Para penonton juga berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 32 secara strim langsung berdefinisi tinggi dengan geng digital tonton di www.tonton.com.my.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment