Write For Us

Akasia | Biar Aku Jadi Penunggu | Episod 1

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
165 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Ifaat Hamani (Janna Nick) dan Afeef Adwan (Ashraf Muslim) ialah sahabat baik sejak di bangku sekolah lagi. Apabila Afeef mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di luar negara, ibunya telah meletakkan syarat agar Afeef mengakhiri zaman bujangnya terdahulu sebelum dia ke luar negara. Akibat terdesak, Afeef terpaksa menggunakan Ifaat sebagai batu loncatan.
Ifaat Hamani sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara.
Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki.
Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Damia di luar negara, tetapi perkahwinan mereka itu gagal dan tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, Afeef kembali dengan sebuah harapan baharu, dia juga ingin menunaikan segala janjinya kepada Ifaat.
Hati Ifaat benar-benar terguris dengan apa yang telah terjadi. Dia menyambut kepulangan suaminya itu dengan dingin. Segala kasih sayangnya telah hapus apabila dia mengenangkan perbuatan suaminya yang menyakitkan hati itu. Sikap dingin Ifaat membuat Afeef berasa jauh hati dengan isterinya, lebih-lebih lagi apabila Ifaat sentiasa mengungkit sikap Afeef yang tidak setia dan suka mungkir janji.
Ifaat dan Afeef sering bertengkar dan juga tidak bersependapat kerana masing-masing mempunyai ego yang tinggi dan langsung tidak mahu mengalah. Ifaat juga tidak bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kerana Afeef telah mengkhianati kepercayaannya selama ini.
Rafaal yang sudah lama menaruh perasaan terhadap Iffat hanya mampu memendam perasaan. Harapannya untuk memiliki Iffat kembali terkubur dengan kehadiran Afeef. Dia tahu hati wanita itu hanya untuk Afeef. Afeef tetap berusaha untuk meraih kembali kepercayaan Iffat. Kesanggupan Iffat yang menunggunya hingga hampir empat tahun sudah cukup memberi petanda yang wanita itu mencintainya sepenuh hati.
Iffat yang sememangnya menyimpan rasa kasih buat Afeef reda menerima lelaki itu kembali sungguhpun luka di hatinya masih belum sembuh. Sekali lagi janji terpateri. Namun, kasih yang baru sahaja berputik, diduga dengan kehadiran Damia yang ingin kembali meraih cinta Afeef. Dalam masa yang sama pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu. Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung duka. Dituduh tanpa usul periksa membuatkan hatinya kembali terluka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment