Write For Us

Akasia | Lelaki Itu Pemilik Hatiku | Episod 15

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
219 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Mengisahkan Luqman (Raja Afiq), seorang anak orang kaya yang cuba memikat hati gadis bernama Nurin Karmila (Puteri Aishah) setelah dicabar oleh Andrea (Julia Farhana Marin), iaitu teman wanitanya sendiri. Andrea geram dengan sikap Luqman yang seakan-akan tidak serius dalam hubungan mereka.
Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini ini merupakan peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan orang tuanya.
Luke jatuh hati terhadap Nurin Karmila, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea dengan menetapkan syarat jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea seperti diaturkan oleh ibu kedua-dua pihak.
Pada mulanya, Luqman menganggap bahawa mudah sahaja baginya untuk memikat Nurin Karmila yang berasal dari kampung itu. Ternyata anggapannya itu salah. Nurin Karmila paling ‘pantang’ berkawan dengan lelaki kaya, apatah lagi bercinta dengan lelaki seperti itu.
Maka kaedah daripada rakannya, Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
Semakin Nurin Karmila membenci, semakin sayang Luqman padanya. Sayangnya, hati Nurin Karmila sudah terpaut dengan Aiman (Syazuwan Hassan), iaitu lelaki yang pernah menyelamatkan dia dari nafsu Luqman dahulu. Pada saat Luqman pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.
Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment