Write For Us

Akhbar: Bank serah 900 dokumen berkaitan Jho Low, 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Bank swasta yang berpangkalan di Geneva Lombard Odier dilaporkan telah menyerahkan 900 halaman dokumen berkaitan dengan seorang pelanggan yang mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho dan skandal 1MDB.
Menurut akhbar kewangan, Finews, yang memetik akhbar Switzerland, Le Temps, duta besar Emiriah Arab Bersatu ke Amerika Syarikat, Yousef Al Otaiba dilaporkan memiliki akaun dengan Lombard Odier.
Akhbar itu berkata Yousef didakwa mempunyai kaitan kewangan dengan Low, yang dikenali sebagai Jho Low, yang dipercayai oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebagai dalang yang menyelewengkan dana 1MDB.
E-mel yang digodam juga menunjukkan bahawa Lombard Odier meragui dan tidak percaya terhadap Yousef dan telah menutup akaunnya pada tahun 2016.
E-mel juga menunjukkan bahawa Yousef sendiri was-was dengan Jho Low, kata Le Temps.
Jho Low dilaporkan meminta Yousef untuk menulis surat sokongan kepadanya untuk operasi Goldman Sachs di Switzerland, yang juga berpusat di Geneva, tetapi Yousef dikatakan memberitahu rakannya, "(Reka alasan) untuk tidak melakukannya."
Malaysiakini tidak boleh mengesahkan sumber maklumat ini secara bebas.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment