Write For Us

Akhbar: Dagangan, senjata - fokus perjumpaan Najib-Trump

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Mengurangkan defisit perdagangan Amerika Syarikat dengan Malaysia melalui penjualan senjata disebut sebagai antara fokus pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Donald Trump di White House esok, menurut satu laporan berita.
Pada bulan Mac lalu, Trump menyenaraikan beberapa negara, termasuk Malaysia yang dinamakannya sebagai “trade cheats” hingga bertanggungjawab terhadap defisit perdagangan AS$50 bilion bagi negara itu.
"Perdagangan akan menjadi tumpuan perbincangan," kata Straits Times Singapura dalam satu laporan yang diterbitkan hari ini.
Akhbar itu bercakap kepada timbalan pengarah dan penasihat kanan, Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) yang berpangkalan di Amerika, Murray Hiebert, yang berkata "Najib cuba menyakinkan Trump bahawa Malaysia sedang mencari cara mengurangkan defisit dan membeli lebih banyak lagi produk Amerika."
"Satu cara cepat ialah membeli lebih banyak senjata Amerika," kata laporan itu.
Ahli Parlimen Pembangkang Sim Tze Tzin sebelum ini memberi amaran kepada Najib bahawa Amerika mungkin menjual senjata yang Malaysia tidak diperlukan dan tidak mampu.
"Ancaman keselamatan kita adalah kumpulan pengganas serantau yang tidak memiliki senjata canggih. Memandangkan kelembapan ekonomi dan hutang negara yang tinggi, tidak ada keperluan untuk membeli senjata canggih besar-besaran dari AS," kata Sim.
Defisit perdagangan Amerika dengan Malaysia berjumlah AS$6 bilion (RM25.17 bilion), menurut perangkaan daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau juga menafikan Malaysia terbabit dalam amalan perdagangan yang meragukan dan dengan itu tidak layak dilabelkan sebagai “trade cheat”.
Walau bagaimanapun, statistik rasmi Amerika meletakkan defisit bagi tahun 2016 kira-kira empat kali lebih tinggi, iaitu pada AS$24.8 bilion (RM104.02 bilion).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment