Write For Us

'Akhirnya kebenaran dapat dibuktikan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
86 Views
Published
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa syukur selepas dibebaskan dari tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran.
Guan Eng dalam nada sayu dan terharu ketika ditemui pemberita di luar mahkamah mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila namanya kini bersih dari sebarang palitan rasuah.
Mahkamah hari ini membebaskan Menteri Kewangan itu daripada dua tuduhan rasuah selepas peguam negara menerima hujah balasan daripada peguam.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membebas dan melepaskan Guan Eng daripada tuduhan itu atas alasan pihak pendakwa menarik balik tuduhan padanya dan ahli perniagaan Phang Li Koon.
Mereka dituduh ekoran urusan jual beli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, George Town, bawah harga pasaran semasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment