Write For Us

Akhirnya, Mahathir jawab Nazri soal 'kutip' duit

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohmad mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mahu beliau mendedahkan jumlah keseluruhan dana pilihan raya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri itu kepadanya.
“Nazri nak tuduh sy curi duit, tuduh la, kalau boleh buat laporan polis tentang duit saya curi.
“Segala hadiah, termasuk 26 kereta dihadiah semasa saya jadi perdana menteri, saya bagi balik kepada kerajaan.
“Pergilah ke (Galeria Perdana) Langkawi, boleh lihat apa saya bagi balik. Nilainya lebih satu juta ringgit, atau lebih, saya tak ambil.
“Orang lain belum dapat hadiah, sapu dulu,” katanya merujuk kepada Galeria Perdana yang menyimpan dan mempamer pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima Mahathir semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.
Beliau berkata demikian pada ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment