Penyanyi Nabila Razali, 29, tidak akan mengalah dan berhenti menyanyi hanya kerana insiden nyanyiannya 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, baru-baru ini. Nabila berkata, kejadian itu hanya menyemarakkan lagi semangatnya untuk membuktikan dia serius mahu menjadi penyanyi.
"Tidak mungkin saya berhenti. Saya memang suka menyanyi dan tiada yang boleh halang saya untuk terus berada dalam bidang dicintai ini.
"Itu bukan pengakhiran dan hidup perlu diteruskan. Itu bukan titik noktah untuk perjuangan saya dalam industri muzik sebab inilah yang saya mahu. Saya buat ini bukan untuk sesiapa tapi untuk keluarga dan diri sendiri," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kek lapis Sarawak premium jenama Big Mouth X Nabila Razali di sebuah hotel, di sini, semalam.
Nabila berkata, pada malam AJL35 itu, dia sebenarnya terlalu gugup dan tidak menjangka insiden itu boleh berlaku.
"Malam itu memang nak jadi. Saya memang pergi kelas (nyanyian), buat apa yang patut untuk persiapkan diri, malangnya ia terjadi juga.
"Tertekan itu tidak, tapi gugup memang ada. Saya sangat gementar apabila terus membuat persembahan di pentas besar selepas sekian lama tidak menyanyi di acara-acara lain," katanya.
Menurut Nabila, dia juga memutuskan untuk tidak keluarkan sebarang kenyataan sejurus insiden itu kerana tidak mahu memanjangkan perkara itu.
Nabila berkata, dia juga serba-salah kerana hari itu sepatutnya orang akan bercerita mengenai pemenang AJL35, tetapi apa yang berlaku ialah cerita dia pula yang ditularkan.
"Disebabkan itu, saya tidak keluarkan apa-apa kenyataan kerana tak mahu panjangkannya. Bagi saya, malam itu malam paling indah untuk saya walaupun apa pun yang terjadi," katanya. #NABILARAZALI #PELUANGKEDUA #AJL35
???? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
budiey.isma@gmail.com
Thanks for watching!

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- BUDIEY, SENSASI SELEBRITI, TRENDING NOW
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment