Write For Us

Akhirnya Nik Omar muncul tanding di Chempaka

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Sudah sah menjadi calon di DUN Chempaka, Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Insya-Allah apabila kita bersedia menjadi calon kita bersedia untuk menerima tanggungjawab.
"Kita berikrar untuk memberi khidmat yang terbaik asasnya kepada rakyat di DUN kita dan rakyat Kelantan," katanya ketika ditemui selepas majlis Penamaan Calon di Pengkalan Chepa, hari ini.
Terdahulu, anak kedua bekas menteri besar Kelantan allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mencetuskan spekulasi panjang sama ada akan menjadi calon ataupun tidak.
Bagaimanapun akhirnya segala teka-teki dan spekulasi berakhir untuk menidakkan desas-desus sebelum ini.
Ditanya apakah beliau mendapat keizinan daripada ibunya, Tuan Sabaruah Tuan Ishak, Nik Omar bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya beliau berserah kepada ketentuan Allah S.W.T.
"Insya-Allah, Insya-Allah, " katanya ringkas.
Nik Omar bakal berdepan calon daripada PAS yang juga penyandang kerusi tersebut, Ahmad Fathan Mahmood dan wakil BN, Mohamad Fareez Nor Amran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment