Write For Us

Aksi Faiz Subri disambut meriah di KLIA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
164 Views
Published
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi dan disambut bak wira bersama hampir 100 peminatnya.
Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan juga Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah.
Terdahulu, Faiz Subri menerima berita gembira apabila Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM100,000 dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM50,000 menjadikan keseluruhan yang diterimanya sebanyak RM150,000.
Kejayaan itu menyaksikan Mohd Faiz mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah itu yang dinamakan sempena legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
Mohd Faiz merupakan 'arkitek' dan jaringannya disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.
Mohd Faiz meraih 59.46 peratus undian, manakala Marlone (22.86 peratus) dan Rodriguez (10.01 peratus).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment