Write For Us

Aksi Riza Aziz dirakam dalam lawatan Najib ke China

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
157 Views
Published
Anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz dikesan dalam rakaman media tempatan mengikuti mengikuti lawatan rasmi Datuk Seri Najib Razak ke China, semalam.
Riza menjadi subjek siasatan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Beliau antara yang dinamakan menerima dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Dalam pada itu, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli mempertikaikan bagaimana anak Rosmah, Riza Aziz boleh berada dalam pesawat kerajaan dalam lawatan rasmi Najib ke China.
Sementara itu, pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor dalam kenyataannya menjelaskan adalah normal jika Perdana Menteri mahukan anak-anaknya bersama ketila lawatan panjang selama seminggu, apatah lagi jika terdapat jemputan khas untuk membawa keluarga, walaupun Najib jarang membawa keluarganya.
Jelas Rizal, kerajaan China telah menjemput Najib dan keluarganya dalam lawatan ke China kali ini dan ia merupakan satu kebiasaan untuk pemimpin besar China menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan keluarga dengan pemimpin lain.
Rizal juga menyelar sesetengah pihak yang membangkitkan soal dua orang anak Najib dan Rosmah yang mengikuti lawatan tersebut dengan menyatakan lawatan itu bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang, tetapi membawa pelaburan puluhan bilion ringgit untuk Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment