Write For Us

Aksi Siti Kasim bantah usul hudud Hadi di luar Parlimen

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Aktivis Siti Kasim dan lima rakannya hari ini berhimpun di luar bangunan Parlimen sebagai membantah usul ‘hudud’ kontroversi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara sepanduk yang dibawa tertera perkataan “#Tolak RUU355 Saya Muslim. Saya tidak sokong", “Kita mesti diberi pilihan” dan “Islam itu indah".
Kumpulan itu juga menggesa usaha dibuat untuk memudahkan proses tuntutan nafkah bagi ibu tunggal di di mahkamah.
"Kami adalah sekumpulan rakyat prihatin. Kami mahu Ahli Parlimen untuk tahu bahawa ada orang Melayu yang tidak tertipu dengan Hadi," kata Siti Kasim kepada pemberita hari ini.
Usul Hadi, yang berada pada nombor kelima dalam kertas perintah, adalah rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment