Write For Us

Akta benih dikhuatiri jadikan beras lebih mahal, kurang khasiat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
63 Views
Published
Sebuah kumpulan hari ini memberi amaran bahawa nasi yang merupakan makanan ruji nombor satu di Malaysia, mungkin menjadi lebih mahal serta kurang berkhasiat dan lazat jika undang-undang baru mengawal biji-bijian pertanian digubal.
Forum Keselamatan dan Kedaulatan Makanan Malaysia berkata ini kerana undang-undang benih yang dicadangkan itu boleh menggalakkan monokultur tanaman dan oligopoli oleh syarikat-syarikat besar.
Penyelaras forum Fitri Amir pula berkata ini akan menjejaskan semua jenis tanaman makanan, termasuk buah-buahan.
Walaupun perladangan monokultur membawa kepada hasil yang lebih tinggi, pengkritik mendakwa bahawa menanam tanaman yang sama berulang kali memudaratkan nutrien tanah secara semulajadi dan memaksa petani untuk menggunakan baja kimia, yang seterusnya menjadikan tanaman kurang berkhasiat.
Ia juga membuat tanaman lebih mudah terdedah kepada perosak dan penyakit, yang akhirnya menggalakkan penggunaan bahan kimia tambahan ke atas tumbuh-tumbuhan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub, bulan lalu memaklumkan kepada Parlemen bahwa rang undang-undang benih adalah hampir 99 peratus siap dan akan digunakan, khususnya untuk mengawal mutu benih padi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment