Write For Us

Aku jual Pamoga Qu Puteh takkan jual dadah pula, DS Vida lapor polis

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
180 Views
Published
Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd membuat laporan polis selepas sekumpulan lelaki cuba menipunya. Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dihubungi melalui telefon oleh sekumpulan lelaki, yang mendakwa beliau mempunyai tunggakan pinjaman sebanyak RM30,000.
Tambahnya beliau sungguh terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti pengedaran dadah.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan sehingga mendedahkan data peribadi.
Katanya, beliau mahu polis melupuskan kegiatan terbabit kerana tidak mahu lebih ramai lagi terpedaya dengan tipu helah untuk
mendapatkan duit dengan mudah selain mahu memastikan keselamatan diri dan keluarganya terjaga.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment