Write For Us

Aliff Syukri dianugerah 'Datuk Seri', Afdlin dikurnia 'Datuk'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
144 Views
Published
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan pelakon Afdlin Shauki dianugerahkan darjah kebesaran Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar hari ini.
Utusan Online melaporkan Aliff Shukri, 30, dianugerahkan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Afdlin, 46, pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mencemar duli mengurniakan darjah dan pingat kebesaran itu kepada 155 penerima keseluruhannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment