Kes bapa yang didakwa merogol, meliwat dan menganiaya anaknya secara seksual lebih 600 kali ternyata meruntun emosi pelbagai pihak.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sekali pun hukuman maksimum dikenakan terhadapnya jika disabitkan bersalah, ia tetap tidak setimpal dengan apa yang dilakukan.
Bagaimanapun, menurut Rohani, mahkamah serta hakim yang adil lebih mengetahui berkaitan hal ehwal hukuman.
"Hukuman maksimum 30 tahun. Dan kalau hukuman maksimum, kalau ikut sebatan ialah dalam, 10, 20 (sebatan).
"Hakim yang sangat adil akan bagi (hukuman) semaksimum, tapi saya rasa itu pun tak setimpal dengan apa yang dia dah buat.
"Entahlah itu sahajalah. Saya tak boleh nak komen banyak," kata Rohani kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang sempena ulang tahun Majalah Wanita ke-48 di ibu negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung kes seorang bapa meliwat anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun.
- 594 tuduhan liwat anak, bapa mengaku tidak bersalah
Seorang bapa sekali lagi didakwa di Mahkamah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya hari ini, atas 444 pertuduhan meliwat anak perempuan kandungnya yang berusia 15 tahun sebanyak tiga kali sehari selama tujuh bulan sejak Januari lalu hingga Julai lepas.
Tertuduh yang berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.
Semalam dia juga mengaku tidak bersalah atas 150 pertuduhan sama menjadikan keseluruhan pertuduhan liwat yang dihadapinya ialah 594.
Ketika dihubungi, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan lelaki itu merupakan tertuduh pertama di negara ini yang didakwa atas beratus-ratus pertuduhan melibatkan jenayah serangan seksual.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment