Write For Us

AMANAH gesa IGP siasat dakwaan syarikat jual senjata haram Korea Utara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menghantar memorandum bagi menggesa Ketua Polis Negara memberi penjelasan segera mengenai kewujudan syarikat yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.
Menurut Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub, beliau mendakwa terdapat syarikat beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang dimiliki oleh individu yang didakwa terlibat dengan sebuah parti politik.
Selain itu, dakwanya lagi, pusat penjualan senjata tersebut dibuat di sebuah bangunan di Little India, Kuala Lumpur.
Salahuddin menyerahkan memorandum berkenaan kepada Urusetia Ketua Polis Negara bahagian Komunikasi Korporat, DSP Rizal abd Rahman di perkarangan Bukit Aman.
Ekoran itu, menurut memorandum yang diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Salahuddin menggesa Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi penjelasan dalam tempoh tiga hari berhubung dakwaan berkenaan yang diperolehi daripada laporan berita antarabangsa Reuters.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment