Write For Us

Amanah ikut jejak langkah PAS kerjasama bersama DAP, kata Mat Sabu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
Presiden Amanah, Mohamad Sabu tidak mahu melayan syarat diberikan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin supaya parti itu meninggalkan DAP sebagai prasyarat untuk bekerjasama dengan PAS.

Mohamad berkata, Amanah mengikut jejak langkah Pas yang bekerjasama dengan DAP seperti dilakukan parti tersebut pada 2008 dan 2013 lalu merujuk kerjasama PAS, PKR dan DAP dalam PRU 12 dan 13.

Terdahulu, media melaporkan Hashim meminta Amanah meninggalkan sekutunya DAP sekiranya mahu bekerjasama dengan PAS, sebagai membalas syarat yang ditetapkan oleh Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.

Adly pada sidang media di Konvensyen Wanita Amanah kelmarin berkata, partinya sedia bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan perpaduan, tetapi parti itu perlu mengikis 'naratif 3R' (agama, raja, dan kaum).

Sumber: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=257657593768537
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment