Write For Us

AMANAH tak dapat kerusi, bidas WARISAN secara berdepan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Tiada gunanya berjuang tentang kesaksamaan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika AMANAH Sabah tidak dilayan sama rata, kata pengerusi negeri parti itu, Hamzah Abdullah dalam satu kenyataan yang disasarkan kepada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Beliau berucap mengkritik hal berkenaan ketika pelancaran manifesto Pakatan Harapan Sabah tanpa berselindung di hadapan Presiden WARISAN Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew serta pengerusi DAP negeri itu, Stephen Wong.
Hamzah secara terbuka menyatakan kekecewaannya kerana AMANAH tidak diperuntukkan kerusi bertanding di Sabah di bawah kerjasama HARAPAN dan WARISAN.
Beliau menegaskan walaupun HARAPAN tidak akan bertempur dengan WARISAN dalam pilihan raya umum, AMANAH Sabah akan memegang keputusan rundingan dalaman HARAPAN yang awal bahawa parti itu akan bertanding di dua parlimen dan dua kerusi DUN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment