Write For Us

AMANAH tunjuk sikap sebenar mahu curi kerusi PKR, kata PAS

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
AMANAH kini mula menunjukkan sikap sebenar mereka apabila mahu mencuri kerusi PKR walaupun masih dalam Pakatan Harapan.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata tindakan parti tersebut membuktikan apa yang diperkatakan oleh parti Islam itu benar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media 'PAS Pilihanku' di Ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Khalid berkata parti itu mahu bertanding di 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Khalid berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.
Justeru, Amanah nekad untuk mengemukakan senarai 40 kerusi yang mahu ditandinginya pada mesyuarat HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dijadual pada Januari nanti berhubung isu pembahagian kerusi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment