Write For Us

Ambiga Sreenevasan: Rang Undang-Undang MKN Merupakan 1 Ancaman Terhadap Demokrasi Di Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Nasib demokrasi Malaysia yang sudahpun rapuh kini terletak pada ahli-ahli Dewan Negara, Majlis Raja-Raja, dan D.Y.M.M. Y.D.P. Agong. Ia juga bergantung kepada orang ramai untuk menyeru mereka ini untuk melakukan perkara yang betul dan menolak bencana kediktatoran yang di bawa oleh Rang Undang-Undang MKN.
Kita mesti menarik balik Rang Undang-Undang MKN.
Oleh itu, masyarakat sivil akan memulakan satu kempen untuk menghentikan Rang Undang-Undang MKN daripada berkuatkuasa.
Inisiatif-inisiatif di bawah kempen ini ialah:
1) 1. twitter hashtag #TakNakDiktator;
2) 2. gambar profil media sosial yang boleh didapati dari www.facebook.com/taknakdiktator/;
3) 3. penandatangan petisyen change.org yang dimulakan oleh seorang individu prihatin ()
4) 4. membawa kebimbangan kami kepada Ahli-ahli Dewan Negara;
5) 5. menggalakkan semua warga Malaysia untuk menghantar surat rayuan kami kepada semua Ahli Dewan Negara.

Ditandatangani:
Gagasan Kempen #TakNakDiktator

1. 1. Amnesty International Malaysia
2. 2. BERSIH
3. 3. Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)
4. 4. National Human Rights Society (HAKAM)
5. 5. Institut Rakyat
6. 6. Lawyers for Liberty
7. 7. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment