Write For Us

Ambil la tindakan mahkamah, saya tunggu - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
105 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Ini susulan surat tuntutan rasmi yang dihantar Azmin kepada Khalid yang menggesa pihak polis mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.
Kata Khalid, beliau enggan mengulas tuntutan itu kerana siasatan ke atas 1MDB masih lagi berjalan.
"Kes siasatan 1MDB ini masih lagi berjalan. Jadi saya tidak mahu respon terhadap tuntutan itu.
"Jadi, ambil lah tindakan mahkamah. Saya tunggulah," katanya dalam sidang media hari ini.
- Azmin tuntut IGP cari, ekstradisi Jho Low
Semalam, peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan itu telah dihantar kepada Khalid dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.
Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.
"Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah," kata Surendran.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment