Write For Us

'Ambil tindakan isu hina nabi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak pihak berkuasa khususnya Peguam Negara Thommy Thomas segera bertindak terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Kata Asyraf, Pemuda Umno dan PAS akan mengerahkan orang ramai untuk turun berhimpun sekiranya isu sensitif itu gagal ditangani oleh pihak kerajaan.
Malah katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi himpunan bantahan itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan ceramah di Sungai Purun, Semenyih, malam tadi.
Bagaimanapun, pada 19 Februari lalu, pasukan keselamatan telah bertindak apabila polis menangkap seorang lelaki berusia 68 tahun yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW melalui hantaran Facebook.
Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun pada 24 Februari lalu dilaporkan berkata tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung kes penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.
Katanya, ia membabitkan tiga pemilik akaun Facebook, iaitu Foo Sing Wai, 68; Sarkar Tanesan, 21; dan Sally Yen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment