Write For Us

Ambrin beri kerjasama baik, kata pengerusi PAC

Loading...
11.11 Single Day
34 Views
Published
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Ronald Kiandee berkata bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang memberikan kerjasama yang baik ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Dia (Ambrin) memberikan kerjasama yang baik dan banyak keterangan yang akan membantu PAC.
"Ia membincangkan mengenai isu berkaitan laporan audit yang diubah," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.
Ronald yang merupakan anggota parlimen Beluran bagaimanapun berkata, pihaknya tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai siasatan tersebut memandangkan ia masih belum selesai.
Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB dikeluarkan atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho pada mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dalam laporan itu dikeluarkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment