Write For Us

Anak syarikat FGV didakwa gagal langsai hutang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Sebuah perusahaan pembinaan, Syarikat Abu Johan Abu Backer mendakwa anak syarikat Felda Global Ventures (FGV) gagal melangsaikan baki bayaran RM4 juta yang tertangguh sejak sembilan bulan lalu selepas kontrak firmanya ditamatkan.
Menurut pengarah syarikat berkenaan, Abu Johan Aboo Backer, sekiranya gagal mendapatkan bayaran itu, pihaknya tidak menolak untuk membawa perkara itu ke mahkamah.
Menurut Abu Johan, projek Perumahan Warga Felda (PWF) Chuping, Perlis itu dimiliki oleh Felda Properties Sdn Bhd, sementara dua lagi anak syarikat FGV, Felda Engineering Services Sdn Bhd dan Allience Engineering Consultancy Services Sdn Bhd pula dilantik sebagai konsultan projek.
Jelas Abu Bakar lagi, kontraknya ditamatkan pada 9 Julai 2018, setelah syarikatnya menyiapkan 95 peratus daripada projek.
Malaysiakini telah menghubungi FGV berkaitan dakwaan itu dan sedang menunggu penjelasannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment