Write For Us

Anak tiri Nazrin didakwa bunuh, hadir pakai baju sekolah

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
118 Views
Published
Balu Allahyarham CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar, dan dua remaja lelaki hari ini didakwa atas kesalahan membunuh Nazrin, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Samirah, 43, dan dua anaknya berusia 13 dan 16 tahun, dituduh melakukan kesalahan itu antara pukul 11.30 malam pada 13 Jun hingga empat pagi 14 Jun 2018, di sebuah rumah di Damansara, Petaling Jaya.
Dua remaja tersebut ialah anak tiri kepada Nazrin.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Turut didakwa adalah seorang warga Indonesia bernama Eka Wahyu Lestari yang kini masih bebas.
Pertuduhan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang menyatakan apabila tindakan jenayah dilakukan oleh beberapa orang, atas niat bersama mereka yang terlibat, setiap orang itu bertanggungjawab atas perbuatan itu.
Pertuduhan dibaca di depan majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Ketiga-tiga tertuduh, termasuk dua remaja lelaki yang lengkap berpakaian seragam sekolah, setuju bahawa mereka faham dengan pertuduhan yang dibacakan.
Tiada rayuan direkodkan daripada mana-mana tertuduh.
Mohamad Ikhwan kemudian mengarahkan agar kes itu segera dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, atas permohonan oleh timbalan pendakwa raya Jamil Aripin yang mengetuai pendakwaan.
Beliau juga mengeluarkan arahan yang melarang media menamakan tertuduh bawah umur atau menerbitkan apa-apa yang boleh menyebabkan identiti mereka terdedah, termasuk menyiarkan alamat dan mengambil gambar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment