Write For Us

[Analisis] Kompas masih di tangan Muhyiddin, ke mana arah bahtera Bersatu?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu membuat kejutan di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-6 apabila mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan presiden pada pemilihan akan datang.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam, beliau menarik balik hasratnya itu selepas ditolak sebulat suara oleh perwakilan.

Sementara itu Bersatu ketika ini juga berdepan pelbagai asakan dari luar dan dalam parti, termasuk tindakan lima ahli Parlimennya yang kini menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim.

Perkembangan politik negara kini tertumpu kepada Muhyiddin dan keputusannya untuk terus mengemudi bahtera Bersatu dan mengepalai anak-anak kapalnya yang masih berpaut kepada kepimpinannya dalam melayari gelombang politik.

Wartawan: Seth Akmal, Phung Yiewen
Skrip: Seth Akmal, Azreen Madzlan
Penyunting: Hoi Jia Xuan
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment