Write For Us

[Analisis] Langkah Dubai: Apa hal dengan J-Kom?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
10 Views
Published
Kerajaan Perpaduan yang ditadbir oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi teruji dengan desas desus mengenai komplot untuk menjatuhkan beliau melalui ‘Langkah Dubai’.

Namun apa yang menarik adalah, komplot tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop, untuk rekod jabatan tersebut terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Wartawan KiniTV Seth Akmal menemubual tiga penganalisis iaitu Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib @ Khalid, Penganalisis Politik Universiti Malaya Prof. Awang Azman Awang Pawi dan Penganalisis Sosio Politik Universiti Malaya, Dr. Abdul Muqit Muhammad bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai tindakan J-Kom terhadap komplot Langkah Dubai ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment