Write For Us

[Analisis] MP tukar sokongan: Politik matang atau demokrasi ala Malaysia?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Tindakan empat ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menimbulkan persoalan sama ada wujud kelompongan dalam Akta Antilompat Parti.

Akta yang diluluskan pada tahun lalu itu antara lain menyatakan ahli Parlimen yang menukar sokongan tidak perlu mengosongkan kerusi melainkan mereka dipecat oleh parti.

Beberapa penganalisis yang dihubungi KiniTV berpandangan bahawa trend menyatakan sokongan tanpa bertukar parti sebagai fenomena politik matang.

Bagaimanapun Dr Zaini Othman dari UKM berpandangan, apa yang berlaku bukan sesuatu yang baru dengan menyifatkannya sebagai 'demokrasi ala Malaysia'.

Wartawan: Seth Akmal
Skrip: Seth Akmal, Azreen Madzlan
Penyunting: Phung Yiewen
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment