Write For Us

Angkat sumpah MB Selangor baru 19 Jun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk diadakan Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 19 Jun depan.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata istiadat itu akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Sehubungan dengan istiadat pelantikan yang bakal berlangsung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turut melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berkuat kuasa pada tarikh sama (19 Jun).
Selangor bakal mendapat menteri besar baharu selepas Mohamed Azmin yang telah dilantik untuk penggal kedua sebelum ini menyertai Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Mohamed Azmin, 54, yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 23 Sept 2014.
Antara wakil rakyat Selangor yang disebut-sebut bakal menggantikan Mohamed Azmin ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, ADUN Sungai Tua Amirudin Shari, ADUN Sungai Kandis Mat Shuhaimi Shafiei, ADUN Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment