Write For Us

ANNA JOBLING MELUR UNTUK FIRDAUS MENANG PELAKON WANITA POPULAR ANUGERAH DRAMA SANGAT 2023

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
43 Views
Published
Menepati ramalan ramai, drama Suamiku Lelaki Pendosa dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Selain Pengarah Terbaik, Suamiku Lelaki Pendosa yang pernah mencipta kontroversi kerana mengangkat mesej mengenai cinta kaum sejenis itu turut merangkul trofi Pelakon Antagonis Terbaik lakonan Gambit Saifullah dan Pelakon Lelaki Drama Terbaik (Datuk Aaron Aziz).
Bagi kategori Drama Popular pula menjadi milik Bisik-Bisik Gelora lakonan Raysha Rizrose dan Redza Rosli.
Sementara itu, drama Melur Untuk Firdaus pula membawa pula merangkul trofi Drama Adaptasi Novel Terbaik dan Pasangan Dramatis Terbaik lakonan Anna Jobling bersama Meerqeen.
Dalam pada itu, aktres Ummi Nazeera pula membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Risik Pada Hati).
Redza Rosli pula tampil mengejutkan ramai apabila dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Drama Popular menerusi drama Bisik-Bisik Gelora sekaligus mengalahkan saingan terdekatnya, Meerqeen, Aedy Ashraf, Aniq Suhair dan Shukri Yahaya.
Manakala, Anna Jobling diangkat sebagai Pelakon Wanita Drama Popular bagi drama Melur Untuk Firdaus.
Bagi kategori baharu iaitu Oppa Pilihan Tonton pula dimiliki oleh aktor Cha Eun-woo iaitu bintang drama True Beauty manakala bagi anugerah BBNU Tonton pula menjadi milik Aniq Suhair.

Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 hari ini dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Sharifah Shahira.
Senarai pemenang:
Pelakon Antagonis Terbaik: Gambit SaifullahPenulis Skrip Terbaik: Wan Mahani Wan Hassan & Maizura Muhamad Ederis (Ayahanda)Drama Adaptasi Novel Terbaik: Melur Untuk FirdausAnugerah BBNU Tonton: Aniq SuhairPasangan Drama Terbaik: Anna Jobling & Meerqeen (Melur Untuk Firdaus)OST Terbaik: Nafas Cinta (Khai Bahar dan Aina Abdul)Drama Terbaik 8TV: My Dream My WishPelakon Lelaki Terbaik: Datuk Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Pendosa)Pelakon Wanita Terbaik: Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)Oppa Pilihan Tonton: Cha Eun-woo (Teue Beauty)Pelakon Lelaki Popular: Redza Rosli (Kekasih Hati Mr. Bodyguard)Pelakon Wanita Popular: Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)Drama Popular: Bisik-Bisik GeloraPengarah Terbaik: Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Pendosa)Drama Terbaik: Suamiku Lelaki Pendosa

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment