Write For Us

Annuar: Kerjasama UMNO-PAS diramal terbentuk

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa meramalkan akan terbentuk kerjasama antara Umno dan PAS dari masa ke semasa kerana kedua-dua parti itu mempunyai DNA yang sama.
Memetik laporan BERNAMA, beliau berkata walaupun PAS menjunjung ideologi dan cara yang berbeza, namun parti itu mempunyai DNA dan matlamat yang sama dengan Umno iaitu memperjuangkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu.
Katanya, jika dahulu PAS dilihat mencari-cari perbezaan antara parti itu dengan Umno, namun di bawah pucuk kepimpinan PAS yang ada sekarang menunjukkan sedikit perubahan apabila mereka mula mencari titik kebersamaan itu.
Namun menurut Annuar, Ia tidak bermakna PAS masuk Umno atau Umno masuk PAS, tetapi matlamat perjuangan itu menjadi lebih penting.
Oleh sebab itu Annuar meramalkan akan terbentuk kerjasama yang lebih kukuh dari masa ke semasa antara Umno dan PAS.
Beliau berkata kepada pemberita selepas program Dialog Perjuangan 4 All, di Balik Pulau, malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment