Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju untuk bercuap pada satu majlis yang akan dianjurkan oleh Pemuda PKR esok malam.
Anwar, yang dijangka diberi pengampunan esok, dikatakan akan membuat penampilan pada jam 10 malam. Beliau kemudian akan berucap kepada hadirin pada jam 10.45 malam.
Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Anwar bersalah dalam tuduhan meliwat.
Mahkamah juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas pemimpin pembangkang itu.
Anwar mendakwa bahawa tuduhan itu, sama seperti yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1999 apabila Dr Mahathir adalah perdana menteri, telah direkayasa.
Sebelum pilihan raya umum ke-14 yang menyaksikan kemenangan buat Pakatan Harapan, Mahathir berulang kali menegaskan bahawa bekas seteru politiknya itu akan diberi pengampunan.
Ini bagi membolehkan Anwar kembali ke politik secara aktif serta-merta.
Mahathir juga berjanji akan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Anwar dalam masa dua atau tiga tahun akan datang.
Selepas beberapa penangguhan dan kenyataan yang bercanggah hingga menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi, semalam Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa mereka akan bertemu esok untuk memutuskan status Anwar.
Bekas ketua pembangkang kini berada di Hospital Pemulihan Cheras di Kuala Lumpur di mana dia sedang mendapat rawatan selepas menjalani pembedahan di bahu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment