Write For Us

Anwar dikawal ketat pengawal penjara, laungan "Reformasi" terus bergema

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
165 Views
Published
Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang awal pagi ini dengan dikawal ketat anggota-anggota pengawal penjara.
Ratusan penyokong PKR berarak ke mahkamah sebagai tanda setiakawan dengan laungan “Bebas Anwar”, “Reformasi” dan “Hidup rakyat”.
Anwar tiba di mahkamah bagi pendengaran kes samannya terhadap New Straits Times dan tiga lagi individu berhubung artikel yang didakwa menggambarkannya terlibat dalam pengubahan wang haram.
Anwar memfailkan saman fitnah RM70 juta terhadap New Straits Times (NST) dan tiga lagi individu berhubung artikel yang didakwa menggambarkannya terlibat dalam pengubahan wang haram.
Anwar merujuk artikel dalam NST bertarikh 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.
Peguam Ranjit Singh Dhillon, pemberita Looi Sue-Chern and Adrian Lai serta NST Press Bhd masing-masing disaman RM10 juta, RM5 juta dan RM50 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment