Write For Us

Anwar dikritik netizen lagi, kali ini didakwa 'buli' pelajar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
20 Views
Published
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi sasaran kritikan sekali lagi kerana kelakuannya terhadap seorang pelajar remaja, kali ini dengan netizen melabelnya sebagai "pembuli".

Pengguna media sosial membidas jawapan beliau kepada seorang remaja yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menghapuskan sistem kuota bumiputera.

Semasa sesi dialog di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas semalam, pelajar itu meminta diberi masa untuk menerangkan beberapa konteks sebelum mengemukakan soalannya.

Bagaimanapun Anwar memotongnya sebelum menjelaskan dia sudah menjawab soalan yang sama sebelum ini. Dalam jawapannya juga, Anwar antara lain menekankan bahawa menyokong pemansuhan sistem kuota itu akan "mencetuskan kekacauan di negara ini."

Berikut petikan penuh sesi soal jawab di antara pelajar tersebut dan perdana menteri.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/673163030929627
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment