Write For Us

Anwar Ibrahim Di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur 05/11/2015

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
141 Views
Published
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur 05/11/2015
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mencari penyelesaian berhubung kes saman fitnahnya terhadap Utusan Melayu dan TV3 berhubung laporan mereka mengaitkannya dalam isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah.
Ini berikutan kes itu gagal diselesaikan secara baik menerusi proses mediasi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Perkembangan kes kemudiannya dimaklumkan kepada Hakim Datuk Rosnaini Abdul Rahman.
Pada 8 Mac 2013, selain menamakan Utusan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Anwar selaku pihak plaintif turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd.; Datuk Shaharudin Abd. Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar, menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan di muka surat sembilan pula bertajuk ‘Tiga kumpulan jadi dalang’.
Menurut Anwar, defendan ketiga hingga kelima, antara jam 8 dan 9 malam, hari yang sama menerusi Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.
Beliau mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua. (Mkini)
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment