Write For Us

Anwar jalani pembedahan Ahad ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Ketau Umum PKR yang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjalani pembedahan pada hari Ahad untuk merawat masalah bahu yang telah lama dihadapinya.
Pada sidang akhbar di rumah keluarga Anwar di Segambut hari ini, anak perempuannya, Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman berkata pembedahan itu tidak dapat ditangguhkan lagi selepas kemalangan jalan raya pada 22 Sept lalu yang memburukkan kecederaannya lagi.
Dia akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk penilaian pra-pembedahan esok.
Tiga beradik itu berkata keluarga itu mempunyai keyakinan penuh terhadap kakitangan perubatan hospital itu, tetapi menggesa kerajaan menyediakan tiga jaminan.
Mereka menuntut agar kerajaan tidak akan campur tangan dalam rawatan Anwar, dan mendesak agar dia diberi akses penuh ke kemudahan pemulihan hospital.
Ini kerana kemudahan yang terdapat di Penjara Sungai Buloh sangat terhad.
Akhir sekali, mereka menggesa kerajaan membenarkan kumpulan hak asasi manusia mengakses Anwar sepanjang rawatan dan pemulihannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment